- rakyat di jaga. Public transport sangat senang. Bas mengikut masa tanpa putus .
- train untuk sabtu ahad ada special rate untuk keluarga
- cuaca panas, tapi berangin . Nyaman
- gaji perhour tinggi
- pembelian kereta murah
- single mother banyak mendapat manfaat
- malam mati, cuma pub yang ada. Kualiti masa bersama keluarga lebih tinggi.
- di malaysia kerja macam orang gila pun tak tentu kaya, di perth kerja keras lebih sikit bolehlah rasa mewah sikit lelagi currency dia tinggi sikit kan
- hours kerja 8-5, pukul 5:10 office dah kosong
- susu tepung dan pampers harga murah
- barang keperluan murah
- perangai mat saleh yang menghormati orang lain, memaksa kita untuk jadi baik kalau nak tinggal di tempat mereka
- tiada rasa kesal atas pembayaran tax yang tinggi, semuanya nampak di kembalikan pada rakyat
- kedai kebab bersepah
- di airport ade surau
- kurang islamphobia
- komuniti melayu di perth sangat besar dan rapat
- tiada bangla, semua mat saleh buat construction, kenapa? Gaji tinggi itu sebabnya
Tambahan :
- perth paling dekat, 5 jam
Je flight
- tak perlu kerja pofesional nak sara hidup, kerja nanny pun boleh, amik gamba pun boleh, cuci pinggan pun boleh, cleaning pun $25 perhour
- kita boleh ciptakan kerja di sana, tak perlu tunggu offer datang
- paling senang cara migrate adalah dengan sambung belajar(most malaysian did)
- balajar kalau bayar sendiri pun masih mampu, trust me!
Tahun 2016 yang suram
Cons living in Perth (based on my own experience)
-Hantar nursery $85 sehari up to $150 (depends pada nursery mana hantar)
-Kalau gaji selepas tax around $200k setahun tax nya 50% dari pendapatan pokok. Kalau lebih tax nya boleh jadi 60%, 70 % etc.
-kalau xde PR (permanent residence ) sekali g hospital $250-350 ( sy pernah g dua kali ke emergency sbb ank demam waktu malam) sekali kena almost $300.
- utk dapatkn PR sy spent around $15k utk husband, saya n dua anak kecil melalui agensi. Termasuk ielts tests, health checkup, police clearance etc
-kereta murah yes, tp harga umah n interest pinjaman teramat mahal. Pinjam $500 k (harga rumah termasuk tanah lbh kurang 400sqm termasuk rumah 3bilik 2 bilik mandi) bayaran balik almost $1million utk pinjaman 25-30 tahun.
- sewa rumah mahal kalau yg selesa 500sqm 3bilik 2 bilik (disewakan kosong) $650. Standard utk rumah mcm ni with xde renovation apa2 $500 SEMINGGU. Bayaran sewa umah berminggu bukan bulan.
- kalau hantar sekolah private (sy hantar anak sekolah ISLAMIC ) sbb nk suh belajar agama sekali satu term $1800 , setahun 4 term. Xtermasuk buku , pakaian , school building fee n lain2 fees. (Ni harga yang utk belum dpt PR)
Time panas summer- saya pernah kena bayaran letrik $800 utk sebulan, sbb tetiap mlm pasang aircond (satu bilik ) n siang pun ada guna aircond on n off sbb sy suri rumah. Electricity sememangnya mahal. So now saya pasang solar, extra $5k. Tp safe half of my monthly electricity bill.
-dining out mahal, makan hidang, 3-4 lauk $100. Makan simple2, utk 2 org $50. Kt cni semua bawak bekal. Pkl 4.30 pagi dah bangun masak lunch box utk husband, n masak lain utk anak lunch box. Pahala tambahan sbgai seorg isteri, alhamdulillah smile emoticon
Byk lagi, tp sy kena g sediakn makan petang anak2 jap. Ada masa sy update
Sememangnya bila tinggal di Perth, kami bercadang utk terus menetap di sini. Mungkin di usia 50an balik ke mesia semula.
Siapa xrindukn suara azan 5 kali sehari? Siapa x rindukan bila dengar azan terus jalan kaki ke masjid? Sapa x rindukan kelas mengajar setiap selasa n khamis di masjid? Sy n husband rindu tu. Betul hujan emas dinegeri org, hujan batu hujan ribut di negeri sendiri, lepas reda hujan inshaAllah terbit pelangi. Alhamdulillah.
P/s points sy di atas pengalaman sy sendiri yang pernah tinggal di Fremantle, cockburn central dan sekarang di Cannington.








0 comments:
Post a Comment